Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Minggu, 09 Maret 2014
Khairy dicabar anak Sanusi Junid
OLEH DIYANA IBRAHIM September 17, 2013
"Saya gembira bila adanya cabaran itu. Ia adalah pertandingan terbuka, saya mengalukan-alukan," katanya kepada media selepas program Lawatan dan Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.
Ini merupakan reaksi pertama beliau selepas pengumuman anak kepada bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah yang menyatakan akan mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pada Oktober ini.
Akhramsyah merupakan ahli Umno cawangan Bendang Baru di Langkawi, Kedah. Beliau merupakan graduan mekanikal berumur 39 tahun. Hasratnya mencabar Khairy ditulis dalam blog peribadinya thoughtsintangents.blogspot.com.
Dalam blognya, Akhramsyah berkata beliau memutuskan untuk menawarkan diri untuk jawatan itu kerana ingin mengembalikan kegemilangan Pergerakan Pemuda Umno, terutamanya dalam perjuangan melaksanakan agenda Melayu.
"Agenda Pemuda Umno pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya dan warga muda Umno khususnya," katanya.
Khairy, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga ahli Parlimen Rembau, mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu.
Pada pemilihan parti 2009, Khairy menang selepas mendapat 304 undi dalam pertandingan tiga penjuru melawan Datuk Mukhriz Mahathir (254 undi) dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo (232 undi). – 17 September, 2013.
Kamis, 13 Februari 2014
Taksub Dengan Anak Patung Jepun
LONDON- Ramai gadis berkeinginan dilihat seperti anak patung kegemaran mereka. Katie Lawrence dari Camberwell, London tidak ketingalan.
Gadis berusia 20 tahun itu menjalani kehidupan seharian seperti anak patung manusia, menghabiskan tiga jam sehari mendapatkan penampilan sempurna seperti anak patung.
Dia sentiasa berpakaian skirt kembang dan menggunakan mekap krayon serta mengaku amat taksub dilihat seperti anak patung.
Pelajar seni itu sanggup menghabiskan berjam-jam mengkaji budaya Jepun dan permainan video untuk mendapat ilham bagi penampilan dirinya.
Bercakap mengenai hobi peliknya, Katie berkata: “Apabila berjalan dengan penampilan seperti ini, orang akan menoleh dua kali ke arah saya. Ada yang meminta bergambar bersama.
“Saya sukakan mata besar seperti anak patung dalam filem animasi. Saya menghabiskan masa panjang melekatkan kanta bulat dan dua set bulu mata palsu untuk kelihatan seperti anak patung.
“Satu hari nanti saya mahu menjalani pembedahan untuk mendapatkan telinga seperti anak patung Jepun.”
Katie mempunyai lima pakaian berharga RM400 setiap satu. Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pendapatannya sebagai peragawati sambilan dihabiskan untuk mekap.
“Saya menghabiskan lebih £200 (RM1,000) sebulan untuk mekap. Bagi saya, ia bukan membazir, sebaliknya amat penting.
“Saya boleh duduk bersolek tiga jam. Saya tidak kisah kerana tanpa mekap, saya bukan diri saya sebenar,” katanya.
Ketagihannya bermekap bermula sejak dia berusia 11 tahun selepas ibunya, Jill Lawrence, 54, memperkenalkannya kepada gincu.
“Walaupun saya dibuli di sekolah kerana tidak bergaul dengan orang lain dan disisih kerana mempunyai perangai pelik, saya tidak kecewa.
“Berpakaian seperti ini membuatkan saya gembira dan tidak akan mengubah penampilan kerana orang lain.
“Walaupun ke kedai, saya pasti berpakaian seperti ini. Ia sebahagian diri saya,” katanya. – Agensi
Langganan:
Postingan (Atom)