Tampilkan postingan dengan label terbit. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label terbit. Tampilkan semua postingan

Selasa, 17 Desember 2013

Terbit Filem Rencana Animasi 3D Pertama


KUALA LUMPUR – Avant Garde Studios Sdn Bhd, sebuah syarikat berstatus MSC yang memberikan tumpuan kepada animasi, multimedia dan pengiklanan, sedang berunding dengan beberapa pihak untuk menerbitkan filem rencana animasi 3D pertamanya.

Pengasas yang juga Pengarah Urusannya, Syed Ali Hezri Syed Hisham, berkata filem rencana itu, “The Crystal Keris”, akan menampilkan kebudayaan Malaysia dan Indonesia, yang mempunyai banyak persamaan.

“Kami sedang mencari rakan penerbitan di Indonesia. Kos penerbitan filem itu ialah di antara US$2 juta dan US$3 juta,” katanya semasa pratonton media siri kartun berbahasa Inggeris terbaru syarikat itu, ‘Ninja Cat Ichi! Ni! San!’ di sini hari ini.

Beliau berkata rundingan dengan pihak yang berkemungkinan menjadi rakan kongsinya itu dijangka selesai menjelang Januari dan penerbitan akan bermula pada Februari, dan dijangka selesai dalam masa 30 bulan.

Sementara itu, Syed Ali Hezri, berkata musim pertama siri kartun berbahasa Inggeris itu terdiri daripada 26 episod, dan akan disiarkan mulai 5 Oktober melalui TV9 pada pukul 6.00 petang setiap Sabtu.

Selepas Malaysia, syarikat itu merancang untuk memasarkan diri itu di rantau Asia Tenggara, bermula dengan Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina.

“Fasa sulung pemasaran, yang mungkin bermula menjelang suku pertama tahun depan, dijangka meraih pendapatan berjumlah US$1.5 juta.

“Jika berjaya, kita akan pertimbangkan pula Timur Tengah dan Amerika Latin bagi pemasaran fasa kedua bagi siri Ninja Cat,” jelas Syed Ali Hezri.

Ninja Cat Ichi! Ni! San! disasarkan kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun.

Siri itu adalah tentang pengembaraan Ninja Cat, ninja pembanteras jenayah yang menjaga keselamatan Bandaraya Enigma daripada pelbagai jenis penjahat, bersama dengan teman risikannya, Oliver.

Selain daripada siri Ninja Cat terbaru itu, syarikat itu juga telah menerbitkan kartun berunsur hiburan dan pendidikan, “Knowsy Nina Wants To Know”, iaitu satu siri pengetahuan bagi kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun. – BERNAMA
ReadFull Article ..