Tampilkan postingan dengan label perlu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label perlu. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Februari 2014
Penjawat Awam Yang Cuai Perlu Dikenakan Tindakan

KUCHING – Pemegang Amanah 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thyei berkata Selasa bahawatindakan perlu diambil terhadap penjawat awam yang didapati bertanggungjawab bagi salah laku yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.
Beliau berkata tinjauan laporan itu jelas menunjukkan bahawa prinsip utama integriti dan tadbir urus yang betul tidak diamalkan dengan berkesan oleh jabatan dan agensi terlibat.
“Kawalan dalaman dan sistem audit sedia ada mesti dikaji semula secara menyeluruh bagi menghapuskan kelemahan dan, jika perlu, sistem pengurusan risiko juga perlu dikaji.
“Terdapat juga keperluan untuk menggalakkan tip daripada pemberi maklumat dan aduan daripada pegawai yang jujur dan dedikasi yang boleh membantu memerangi salah laku dalam mana-mana jabatan dan agensi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Lee berkata keputusan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti Laporan Ketua Audit Negara, menangani isu berkenaan dan mengenalpasti semua yang bertanggungjawab, adalah langkah yang betul kerana ia selaras dengan apa yang perlu dilakukan oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
Jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan itu mesti di peringkat tinggi, yang dianggotai mereka yang kompeten dan mempunyai integriti yang tinggi untuk membetulkan keadaan dan mencegah berulangnya isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu, katanya.
“Pada hakikatnya, apa yang didedahkan dalam laporan itu bukan baharu. Isu-isu berkaitan salah pengurusan, ketirisan, penyelewengan, pembaziran, pemantauan dan pelaksanaan lemah, dan kurangnya integriti dilihat timbul setiap tahun,” kata Lee sambil menambah bahawa kini tiba masanya tindakan tegas dan drastik diambil untuk menangani isu itu bagi memastikan integriti di kalangan penjawat awam.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa peringkat tinggi untuk mengenal pasti pelbagai kelemahan dan kekurangan dan membuat cadangan bagi menangani masalah itu selain memastikan cadangan itu dilaksanakan sepenuhnya.
Kerajaan telah memberi penekanan kepada sektor swasta untuk mengamalkan urus tadbir korporat yang baik dan sudah pasti ia boleh dijadikan contoh, katanya. – BERNAMA
Selasa, 24 Desember 2013
Perlu tumbangkan BN PRU 13 untuk selesaikan PTI dan IC palsu Dr Chong
Ahad, 28 Oktober 2012

Suara Pakatan Rakyat Sabah
Jumat, 20 Desember 2013
Tidak Perlu Roboh Surau Tun M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mengambil tindakan tepat dengan membatalkan status pemastautin tetap (PR) warga Singapura yang membenarkan upacara keagamaan Buddha diadakan di surau di sebuah resort di Johor.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, keputusan membatalkan PR tidak salah kerana penerimanya gagal menghormati dasar-dasar negara dan sensitiviti agama di negara ini.
"Kerajaan mempunyai hak untuk menganugerah status (penduduk tetap) dan mempunyai hak untuk membatalkan jika seseorang itu tidak mengikut undang-undang. Sama ada anda seorang warganegara atau pemastautin tetap, anda mesti mematuhi undang-undang negara ini," katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu berkata, status PR pengurus sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tmggi berusia 45 tahun itu dibatalkan berikutan kemarahan rakyat di negara ini berhubung insiden berkenaan.
Bagaimanapun Dr Mahathir berpendapat bahawa surau berkenaan tidak perlu dirobohkan namun boleh digunakan untuk tujuan lain.
Beliau berkata bangunan itu boleh digunakan untuk kegunaan lain jika rakyat tidak mahu menggunakannya sebagai surau akibat kejadian itu.
Langganan:
Postingan (Atom)