Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Haron Din kata PAS tidak tersasar daripada perjuangkan Islam


November 16, 2012
Haron Din: Atas hal Islam, “PAS yang berada dalam landasan yang betul”. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KOTA BARU, 16 Nov — PAS hari ini  menegaskan bahawa parti itu tidak pernah terkeluar daripada landasan dan dasar parti dalam menegak dan memperjuangkan Islam.
Timbalan Mursyidul Am parti Islam berkenaan, Datuk Dr Haron Din, berkata, dasar berkenaan tidak pernah berubah walaupun parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) itu menjalinkan kerjasama politik dengan rakan sekutu mereka yang lain seperti DAP dan PKR.

“Majlis Syura sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS bahawa parti ini berada dalam landasan yang betul,” katanya pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.
Haron berkata demikian ketika menjawab soalan perwakilan Kalabakan,  Kasman Karate berhubung terdapatnya kenyataan ahli Majlis Syura sendiri berkaitan hala tuju parti itu yang didakwa sudah menyimpang.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini mendakwa perjuangan parti itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangannya sejak ia ditubuhkan.
Haron turut berkata, melalui perbincangan dua bulan sekali yang dianjurkan Majlis Syura, mereka akan memperhalusi dengan teliti setiap isu yang dibangkitkan sehingga semua ahlinya berpuas hati dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Bagaimanapun beliau turut melahirkan rasa hairan berhubung kenyataan pemimpin tertentu berkaitan hala tuju PAS.
“Dalam mesyuarat seperti tiadanya pertelingkahan tapi dalam sidang media ada terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan Majlis Syura.
“Tetapi orang-orang seperti ini tak pernah beri pandangan begitu dalam mesyuarat tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul.

“Pandangan peribadi kadang-kadang terbawa di luar mesyuarat dan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesar,” katanya lagi.
Muktamar tahunan PAS hari ini menyaksikan ucapan dasar daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan seterusnya ucapan perbahasan daripada 1,116 perwakilan daripada 186 bahagian daripada seluruh negara.

Turut hadir muktamar kali ini adalah Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Muktamar hari ini ditunda pada jam 6.00 petang dan akan disambung dengan perbahasan perwakilan jam 8.00 pagi esok.
ReadFull Article ..

Selasa, 11 Maret 2014

Kerajaan Tidak Mungkin Meterai TPPA Pada Oktober


SUBANG JAYA – Kerajaan tidak dijangka memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Oktober ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ir Hamim Samuri.

“Saya tidak fikir ia akan berlaku pada Oktober ini, bukan hanya bagi Malaysia, tetapi negara-negara lain juga.

“Telah dimaklumkan bahawa terdapat jurang antara kementerian dan orang awam dan perbincangan akan diadakan selepas Sidang Kemuncak Ke-10 di Brunei,” katanya kepada pemberita pada Forum Global Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Sehenti, di sini, Khamis.

Beliau berkata MITI akan terus berinteraksi dengan orang awam kerana negara-negara lain berdepan situasi yang sama yang berharapkan lebih banyak perbincangan.

“Kami perlu mengadakan perbincangan awam ini secara berterusan kerana terdapat terlalu banyak persepsi tentang TPPA oleh orang awam,” kata Hamim.

Sementara itu, Forum Global Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Sehenti itu merupakan satu konsep baharu dalam menyediakan perkhidmatan.

Negara-negara seperti Kanada, United Kingdom, Australia, Portugal dan Brazil semuanya membangunkan pusat perkhidmatan sehenti bagi rakyat dan perniagaan mereka.

Forum itu menyediakan peluang bagi negara-negara lain untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik mereka dengan pengurus awam Malaysia.

Forum Global dibangunkan secara kerjasama dengan Institute for Citizen-Centred Service di Kanada, peneraju global dalam mengenal pasti amalan terbaik dalam perkhidmatan sehenti, serta kecemerlangan perkhidmatan sektor awam. – BERNAMA
ReadFull Article ..

Senin, 23 Desember 2013

Terpisah Setelah 11 Tahun Seorang Kakak Bertemu Adiknya Secara Tidak Sengaja

Yaiyalah.com Isaac Noltin, 12, dan Dakotah Zimmer, 13, bertemu saat sedang berenang di Washington, Missouri. Keduanya merasa kaget karena masing-masing melihat ada persamaan pada diri mereka. Dari cara berjalan, mimik saat berbicara dan beberapa hal lainnya. Saat mereka ngobrol, Dakotah mengatakan bahwa sebenarnya ia memiliki adik, namun diadopsi.

Dakotah pun mengatakan bahwa adiknya diadopsi oleh seorang perempuan bernama Dawn Noltin. Betapa kagetnya Isaac karena nama perempuan yang disebut Dakotah adalah ibunya.

Mereka akhirnya sepakat untuk menanyakan hal tersebut pada Noltin. Betapa kagetnya mereka berdua, ternyata mereka memang adik kakak. Isaac diadopsi oleh Noltin saat baru lahir karena kondisi perekonomian ibunya yang sedang tidak baik saat itu, terlebih bila harus hidup sebagai single parent yang baru juga memiliki balita, Dakotah yang kala itu baru berusia 1 tahun.

Tragisnya tak lama setelah adopsi itu ibu biologis Isaac meninggal, begitu pula dengan ayah biologisnya, sehingga Isaac dirawat oleh neneknya Debi Bay. Rencananya kedua anak tersebut selepas reuni yang tak diduga tersebut akan bersekolah di tempat yang sama, sebuah SMP di Washington, Missouri.



[imagetag]



Baik Noltin dan Debi bay, keduanya merasa gembira atas momen bersejarah tersebut. Mereka mengatakan meski terpisah selama sebelas tahun lebih, keduanya seperti telah saling mengenal cukup lama. (KF-INS/Mrg/Daily Mail)
#bcfda5


ReadFull Article ..

Jumat, 20 Desember 2013

Tidak Perlu Roboh Surau Tun M




KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mengambil tindakan tepat dengan membatalkan status pemastautin tetap (PR) warga Singapura yang membenarkan upacara keagamaan Buddha diadakan di surau di sebuah resort di Johor.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, keputusan membatalkan PR tidak salah kerana penerimanya gagal menghormati dasar-dasar negara dan sensitiviti agama di negara ini.

"Kerajaan mempunyai hak untuk menganugerah status (penduduk tetap) dan mempunyai hak untuk membatalkan jika seseorang itu tidak mengikut undang-undang. Sama ada anda seorang warganegara atau pemastautin tetap, anda mesti mematuhi undang-undang negara ini," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu berkata, status PR pengurus sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tmggi berusia 45 tahun itu dibatalkan berikutan kemarahan rakyat di negara ini berhubung insiden berkenaan.

Bagaimanapun Dr Mahathir berpendapat bahawa surau berkenaan tidak perlu dirobohkan namun boleh digunakan untuk tujuan lain.

Beliau berkata bangunan itu boleh digunakan untuk kegunaan lain jika rakyat tidak mahu menggunakannya sebagai surau akibat kejadian itu.
ReadFull Article ..